PERKHIDMATAN UNTUK WANITA HAMIL LUAR NIKAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ini merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami bagi membantu golongan wanita yang hamil luar nikah. Antara perkhidmatan kami ialah memberikan pendidikan, undang-undang, penempatan, bantuan kerajaan dan ngo dan kesihatan.
1) BANTUAN KERAJAAN DAN NGO
Kami memberi perkhidmatan dengan menghubungkan mereka dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan juga Ngo bagi membantu untuk menjamin kesejahteraan mereka. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan ngo lengkap dengan segala aspek. Kami menghubungkan mereka dengan pihak kerajaan bagi menambahbaikkan pekhidmatan kami.
JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab memberi perlindungan kepada remaja dan kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral termasuk kes kehamilan luar nikah serta mengelak kemungkinan membuang bayi. Ketika ini, JKM mempunyai empat Taman Seri Puteri yang menyediakan kemudahan perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak perempuan. JKM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling pada peringkat negeri dan daerah sebagai salah satu usaha memberikan bimbingan dan khidmat nasihat kepada mereka yang masih pada peringkat awal terdedah aktiviti tidak bermoral.
Selain itu, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) juga diwujudkan sebagai satu program pencegahan berlakunya kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. Antara peranan PAKK adalah sebagai pusat advokasi dengan mengadakan ceramah dan kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak; pusat sumber yang menyediakan bahan bacaan rujukan untuk kanak-kanak; pusat pembelajaran yang menganjurkan kelas bimbingan, komputer, kelas agama, lukisan, sajak, drama dan pidato; pusat intervensi krisis dengan menyediakan sesi kaunseling kepada kanak-kanak dan ahli keluarga bagi mengenal pasti masalah yang wujud di dalam keluarga serta sebagai pusat sosial, sukan dan rekreasi yang menjalankan program kebudayaan, kesenian dan sebagainya.
JKM juga menjalankan program pencegahan dengan pembabitan ahli komuniti setempat melalui organisasi akar umbi seperti Jawatan Kuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah. Sementara itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) juga ada menyediakan 53 Klinik Sejahtera di bawah Program Reproduktif Manusia untuk memberi perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada masyarakat terutama kepada golongan wanita dan remaja serta wanita yang hamil sebelum berkahwin. Bagi tujuan ini, kerjasama dengan NGO diwujudkan untuk menyediakan pusat perlindungan bagi wanita berumur 18 tahun ke atas yang hamil luar nikah. Setakat ini, ada lapan NGO yang menyediakan kemudahan ini dan JKM memberikan bantuan kewangan dalam bentuk geran kepada mereka.
2) PENDIDIKAN
Kami menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan wanita hamil luar nikah. Kami akan menghubungkan mereka kepada sekolah-sekolah yang mengambil pelajar-pelajar yang telah tercicir dari pelajaran.
3) PERKHIDMATAN KESIHATAN
Kami juga memberikan perkhidmatan kesihatan dimana bagi memastikan ibu dan anak mendapat kesihatan yang baik. Oleh itu kami menghubungkan mereka kepada Hospital-hospital kerajaan, Klinik Ibu mengandung dan Klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk wanita mengandung.
4) PENEMPATAN
Kami menyediakan perkhidmatan penempatan yang lengkap dari segi keselamatan, kemudahan asas dan sebagainya. Ini kerana bagi memberikan keselesaan kepada klien kami. Tempat tinggal amat penting bagi mereka untuk berlindung dan tinggal dengan selesa dan selamat. Oleh itu, pihak kami akan menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada klien kami.
5) PERKHIDMATAN PERUNDANGAN DAN PEGUAM BELA
Bagi memastikan wanita hamil luar nikah ini selamat dari segi ancaman dan bahaya, kami menyediakan perkhidmatan ini dengan menghubungkan mereka kepada peguam bela bagi menyelesaikan kes-kes yang melibatkan klien. Ini bagi mendapatkan pembelaan dan keadilan kepada mereka.
Segala perkhidmatan yang kami berikan adalah untuk membantu golongan wanita hamil luar nikah bagi mendapatkan kemudahan dan kefungsian sosial yang sepatutnya mereka perolehi..Sebagai pekerja sosial tidak sepatutnya memberikan persepsi yang negatif terhadap golongan ini. Sekian Terima Kasih.
Untuk rujukan, anda boleh melayari laman web yang dibawah..










No comments:
Post a Comment